Kami dari Darul Hayat berterima kasih kepada yang melawati blog kami. Pusat Rawatan Darul Hayat menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan bagi pelbagai penyakit di antaranya masalah :

2. MASALAH SARAF
3. SAKIT PINGGANG
4. SAKIT LUTUT
5. KEBAS KAKI & TANGAN
6. MASALAH KELAKIAN
9. DAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT
Selain itu juga kami juga menyediakan rawatan bekam sunnah.
1. Bekam Darah
2. Bekam Angin
Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
SEBARANG PERTANYAAN TENTANG RAWATAN BOLEH MENHUBUNGI :
EN. HILMI :014-5066564
EN. AIMAN : 013-9462012
Lokasi Kami :
Pusat Rawatan Darul Hayat
Jalan Bukit Mentok, Kg Pengkalan Pandan
24000, Kemaman Terengganu
(BERHAMPIRAN SURAU PENGKALAN PANDAN)
Dari Ibnu ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib).
BalasPadamImam Ghazali
Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain. Menurut saya, sebuah wilayah kadang membutuhkan lebih dari seorang. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi seukuran kebutuhan yang diperlukan. Jika di sebuah wilayah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara kerana menempatkan diri di ambang kehancuran. Sebab Dzat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta menyediakan saranan untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.”
HADITS HARI PELAKSANAAN BEKAM
BalasPadam1. Dari Abu Hurairah RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa berbekam pada hari Rabu atau hari Sabtu, lalu tertimpa wadhah (cahaya dan warna putih, lepra), maka hendaklah dia tidak menyalahkan, melainkan dirinya sendiri’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
2.Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling ideal, dimana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah SWT. Hindarilah berbekam pada hari Jumat dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, kerana Rabu merupakan hari dimana nabi Ayyub a.s tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, II/261, karya Imam al-Albani)
Catatan
1. Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam apabila darah tidak normal dan apabila sampai waktunya’.”
2. Dari beberapa hadits di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi SAW biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa harus menunggu hingga tiba waktu tertentu. Secara ilmiah dan medis, jika waktu-waktu yang ditetapkan para ulama itu merupakan waktu yang paling baik dan paling tepat untuk melakukan bekam, kerana pada saat itulah darah sedang tidak normal, maka waktu datangnya sakit merupakan waktu yang paling tepat dan efektif, kerana saat itulah darah sedang tidak normal.
3. Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan-makanan berat 2-3 jam sebelumnya.
HADITS TANGGAL PELAKSANAAN BEKAM
BalasPadam1. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)
2. Dari Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/204))
3. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “ Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Beliau biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR. Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)
4. Dari Ibnu ‘Abbas RA, ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
5. dari Mujahid dari Ibnu ‘Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda: Berbekamlah kamu pada tanggal 15, 17, 19 atau 21 (HR. Bazzar (2023), ibnu Jarir, Tirmizi, Hakim)